Perang Dah tamat

(Rabbani)

Alhamdulillah

Kita selamat

Kabus dah hilang

Perang dah tamat

Nyanyikan lagu

Damai dalam lena

Jangan buka mata

Realitinya sungguh berbeza

 

(Malique)

Berita yang ditunggu kini sedang tersebar

Seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar

Perang sudah tamat terpampang di dada akhbar

Senjata dah dilucutkan, malahan dibakar

Jalan dah dibuka, bekalan dah dihantar

Pengawal sempadan bersalaman dan bergambar

Tiada lagi askar-askar luka main kejar-kejar

Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar, tak perlu rasa gentar

Tiang dah dipacakkan, bendera berkibar

Yang sembunyi keluar, dah bersinar di luar

Burung besi pulang yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal tiada halilintar

Laut merah pudar jala kembali ditebar

Di desa bunga mekar

Di bandar bangunan tegar

Bunyi mercun, bunga api gantikan bunyi bom dan mortar

Apakah benar?

Perang dah tamat

 

(Chorus: Rabbani)

 

(Malique)

Perang sudah tamat

Kita jadi buta warna

Lihat kulit manusia

Semuanya sama saja

Pembunuhan, permusuhan

Semua syak wasangka

harus dihentikan berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana

Semua agama Ibrahim aman hidup bersama

Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama

Tak disebut

Tak diguna

Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar, perang sudah bubar

Ganti sebiji peluru

Dapat sebatang cigar

Perang sudah bubar, perang sudah bubar

Ganti sebatang senapang

Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin, aku balas benar

Cuba tutup mata baca risalah diedar

Perang sudah tamat ku nyanyi separa sedar

Perang dah tamat, maaf bukan cerita sebenar

 

(Rabbani)

Uthrul Horriyah

Auqifull Haq

 

(Malique)

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan

Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan

Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan

Bukan aku, bukan kamu

Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah, Zabur, Injil, ada Quran

Kalau Iqra’ tiada ibu-bayi mati berpelukan

Ada I-Ching, ada Tipitaka, ada Veda

Habis baca semua baru sedar kita tiada beza

Kita manusia, lain nama dan fizikal

Persamaan utamanya kita akal

Biar haiwan saja bersifat territorial

Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman

Saya bukan orang jahat

Saya benci perang

Saya rela bersahabat

Nyanyi lagu damai

Satu dunia ikut rapat

Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

 

COPYRIGHT © 2017 QARMA MUSIQ SDN. BHD.