muzik buatku high

(Chorus)

kepala mengenjut senyum mengurai

kaki mengentak tangan melambai-lambai

ubat paling mujarab jangan pertikai

muzik buatku high

aku high

muzik buatku high

aku high

muzik buatku high

 

Verse 1

teori banyak teori, pilih mana suka

teori beruk khayal atau astronaut purba

dari masa depan aku raksasa angkasa

tak percaya tanya NASA, haha

atau cari buktinya di perpustakaan akasha

gali lubang cacing, pintas ruang dan masa

selamat bersama Laika berputar pusing

dunia hilang punca jari pun saling menuding

usah runsing, cemas karektor kucing

suntik ubat ini saat genting dan runcing

malah hening, takkan putus, takkan kering

chill, ini cuma muzik jangan melenting

turun kening, pakcik, kenapa marah

tidak suka lagu saya boleh tukar arah

lain citarasa, generasi dan sejarah

saya lahir merdeka, pakcik lahir dijajah

 

(chorus)

 

Verse 2

suruh baca buku, aku telaah majalah

tak terlalu ramah bila guru berceramah

bla bla b kuasa 2-4ac

tu semua kisah dongeng macam Stacy

nah rumus kalkulus, beza dan kamirkan

lukis garis lengkung, jalan kerja pamerkan

sambil upah rakan aku baca Sun dan Gibran

tunjuk aku rumus dapat pulus mungkin heran

gagal ujian hisab, gagal ujian sikap

selalu tenung tingkap, cikgu syak lambat pick up

nyata mereka silap, aku bukan patung

aku sedang tulis lirik ikut degup jantung

sekarang ku diktator, bual satu hala

cakap orang diam, dengar dan angguk kepala

kata-kataku boleh menghidup dan memati

sungguh ajaib kerna itu kudihormati

 

(Chorus)

 

Verse 3

bawaku ke atas, bawaku ke atas

sini aku sesak wang, ruang juga nafas

beri aku tiket tak pesawat aku rampas

delta mana lagi lekas 9 atau 11

bekal lima buku, satu buku lima

pulang dari Matahari bawah matahari

aku leka di Kudeta sambut coup d'état

sambil baca Machiavelli dengar Makaveli

yeah

muzik meditasi, pasti levitasi

lepas Najib, Malique yang paling berdedikasi

dengan artikulasi seakan mengintimidasi

lagu diputar radio tanpa henti macam sufi Parsi

tak pandai main dram, gitar atau piano

saksofon, trumpet, biola atau cello

buta note muzik tapi muzikku menjadi

sungguh ajaib kerna itu kudihormati

 

chorus*

 

 

COPYRIGHT © 2017 QARMA MUSIQ SDN. BHD.