2010 Masih hip hop

2010 masih hiphop
mr malique masih hiphop
joe flizzow masih hiphop
too phat masih hiphop

(chorus)
masa berlalu zaman berubah
dia berubah mereka berubah
orang berubah semua dah berubah
tapi aku masih hip hop

 

(malique)

dah sepuluh raya masih ada gaya
rancangan berjaya joe kita hampir kaya
too phat dah bersara senegara terpedaya
mereka bina kerjaya kita dah bina empayar

rakit-rakit sekarang kita dah berlayar
sakit-sakit sekarang kita dah dibayar
mereka masih satu show dua ribu
kita masih belanja duit show tahun dua ribu

masih flow macam tahun dua ribu
masih funky for the fellas
huh mereka jealous
dengan dua budak sihat
ingat dah tamat riwayat
kita balik ketawa sambung hikayat check

kalau ku pergi tunggu ku pastikan kembali
analogi taksi bila beraksi
dari bermula ke kini lagu jadi legasi
ku macam tangan sentiasa di sisimu

(chorus)

 

(malique)

masih hip hop ku tetap rock
masih boleh pop lock boleh top rock
headspin windmill flare air tracks
masih beli air force dan air max

tin aerosol masih cari dinding
boombox dentum jiran masih bising
old school aksesoriku diskman
headphone backpack tuala putih wrist band

check it out bling hayun ikut lenggok
di kl masih cun awek masih mahu tengok
sg masih gerek mata air pandang
di jkt ku masih keren tapi tambah gantang

hip hop yeah aku masih lagi
masih hip hip hop masih tip top
dari dulu sampai ke kini dan sampai ke mati
hip hop sentiasa di hati

(chorus)

 

(joe flizzow)

2010 masih hiphop
mr malique masih hiphop
joe flizzow masih hiphop
too phat masih hiphop

apa boleh buat flizzow suka buat
benda yang kritik kata orang tak boleh buat
gua tetap rap walau mereka belot
kita jalan terus mereka jalan belok-belok

lirik masih elok telo kuala lumpur
swagger orang johor wajib siar wajib tonton
dua album solo 5 pengiktirafan
tapi yang lebih penting respect dari masyarakat
dan komunitasi hip hop terima kasih
kerana tidak dengar dan percaya spekulasi

joe flizzow dan malique kembali kolaborasi
hello industri inilah sambungan dominasi
ku ulang sekali lagi
ku hiphop sampai mati
walau sekarang hiphop uzur tapi masih belum terkubur
boleh panggil kami doktor pakar bedah rapper plastik
troy/mcnamara nip tuck too phat masih hip hop

(chorus)

2010 masih hiphop
mr malique masih hiphop
joe flizzow masih hiphop
too phat masih hiphop

2010 masih hiphop
mr malique masih hiphop
joe flizzow masih hiphop
too Phat masih hiphop

COPYRIGHT © 2017 QARMA MUSIQ SDN. BHD.